DAPATKAN PRODUK HERBA DISINI

Jumaat, 31 Disember 2010

TERAPI SYAHADAH - MENGHADAPI STRESS / TEKANAN JIWA & PERASAAN / GANGGUAN MISTIK

APA ITU STRESS???
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.
PUNCA STRESS...???
Tuntutan dunia moden dan kosmopolitan menyebabkan setiap lapisan umur tidak kira orang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak mengalami gejala stress. Antara faktor-faktor utama ialah:-
Pengaruh tempat kerja, masalah kewangan, tekanan hidup, gejala sosial, masalah keluarga, perceraian, tragedi kematian, pengalaman pahit di waktu kecil dan sebagainya.

SIMPTOM-SIMPTOM STRESS:-
Rata-rata setiap individu pernah mengalami simptom-simptom  seperti :-
keletihan, diserang panic, dibelengu perasaan gelisah, terburu-buru, tertekan dalam tempoh berpanjangan, timbulnya kesan-kesan sakit fizikal seperti sakit kepala, sesak nafas dan gangguan dalam perut, mengalami gangguan allergic, menghadapi kesukaran untuk tidur atau tidak cukup tidur serta ketagihan merokok, selera makan melampau/kurang, penyalahgunaan dadah/ubat-ubatan dan sebagainya.



MEDITASI KAEDAH TERAPI SYAHADAH
Terapi Syahadah merupakan satu kaedah pembukaan pintu / makam tenaga di dalam jasad manusia serta diisi dengan teknik mengatur pernafasan serta zikir-zikir amalan di dalam Islam sebagai satu kaedah terapi untuk menenangkan jiwa, minda dan rohani. Ia juga bertujuan untuk ‘membersihkan’ diri dari unsur-unsur negatif sehingga menyebabkan seseorang individu itu sering lemah semangat, murung dan selalu sakit.

Pembukaan makam / pintu tenaga ini dilakukan oleh Grand Master yang telah mengetahui apa ‘kunci’ dan bagaimana mahu membuka ‘pintu / makam tenaga itu tadi. Dalam bentuk  meditasi Terapi Syahadah, kunci / password bagi praktis ialah 2 kalimah Syahadah yang sangatlah bertepatan dan bersesuaian bagi seseorang muslim untuk mengangkat keyakinan dan kepercayaannya sebagai seorang Islam.

Praktis Terapi Syahadah seterusnya melalui teknik melafaz zikir menggunakan getaran suara serta kaedah mengatur pernafasan supaya dapat menenangkan jasad, minda dan rohani kita. Teknik ini akan membantu kita mengatur gelombang/frekuensi minda supaya berada di tahap yang optimum. Apabila ketenangan minda diperolehi, jiwa dan rohani kita lebih mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Terapi Syahadah ini juga merupakan antara kunci / teknik perubatan alternatif yang digunakan bagi merawat pesakit-pesakit yang terkena gangguan mistik, spiritual, kejiwaan disamping teknik-teknik rawatan lain berteraskan perawatan Islam. Terapi Syahadah bukan sahaja memberikan ketenagan rohani dan jiwa tetapi ia MEMBINA kekuatan dalaman untuk menolak unsur-unsur negatif yang menjadikan kita tidak bersemangat dan lemah.

MAKLUMAT LANJUT
SILA HUBUNGI TUAN RAHMAT - O12-7455808
sekiranya anda berminat untuk mengadakan Kursus terapi Syahadah bagi komuniti di tempat anda (pejabat, kelab, sekolah dsbg)

Rabu, 29 Disember 2010

KAMASUTRA STRONG OIL - KHAS UNTUK LELAKI !

NAMA PRODUK : KAMASUTRA STRONG OIL
HARGA                 : RM39.00 (SM)

KANDUNGAN    : JELI LINTAH, JELI LINANG, MINYAK KELAPA, TENAGA HAYAT




KEGUNAAN:
  1. MERANSANG SISTEM SARAF DAN PEREDARAN DARAH BAGI ALAT KELAMIN
  2. MENGEMBALIKAN KESIHATAN ALAT KELAMIN KE TAHAP YANG OPTIMUM
  3. MELAMBATKAN EJAKULASI PRA-MATANG
  UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:-

SELANGOR (LEMBAH KLANG), JOHOR (BATU PAHAT) - TUAN RAHMAT 012-7455808   

Ahad, 26 Disember 2010

PRODUK ALTERNATIF ISLAM - AIR GELOMBANG TENAGA HAYAT DAN SYIFA GMSUE

AIR GELOMBANG TENAGA (HAYAT DAN SYIFA) ini merupakan keluaran GMSUE RESOURCES NETWORK. Air ini mengandungi 4 komposisi iaitu AIR ALKALI, KLOROFIL MULBERI, GELOMBANG TENAGA HAYAT DAN AYAT-AYAT SYIFA'.

Kegunaan:-
  1. Melegakan dan merawat stress, tekanan perasaan dan kemurungan
  2. Membantu dalam proses penyembuhan dan pemulihan bagi penyakit-penyakit moden khususnya Gout, Darah Tinggi, Darah/Kencing Kotor, Migrain, Demam, Allergik, Kencing Manis
  3. Membantu mengatasi gangguan spiritual atau mistik seperti gangguan sihir atau makhluk halus
  4. Memulih dan mengharmonikan aura persekitaran seperti di dalam rumah, tempat kerja, tempat berniaga disamping berfungsi sebagai 'pendinding' dari gangguan mistik
  5. Memulih dan menambah tenaga supaya tidak mengamali keletihan melampau
  6. Boleh berfungsi sebagai penyegar mata atau pencuci luka bagi mempercepatkan proses penyembuhan
  7. Melegakan kepanasan dalam badan, membuang toksin / asid di dalam darah
Kaedah Penggunaan:-
  1. Sebelum buka penutup Syahadah 1x
  2. Tuang di dalam gelas sebanyak separuh sahaja
  3. Niatkan di dalam hati (Ya Allah, bangkitkanlah tenaga dan ayat syifa di dalam ini sebagai penyembuh (penyakit / gangguan) zahir dan batin diri ku / keluarga ku / anak / suami / isteri.)
  4. Minum air tersebut. Kemudian minum 2 gelas air suam. (Tidak boleh dicampurkan)
  5. Apabila menutup penutup botol Syahadah 1x.
  6. Minum air ini 3 kali sehari menggunakan kaedah diatas.
Antara kandungan Syifa didalam air ini ialah (Surah Yassin, Doa Angin Ahmar, 4 Qul, Ayatul Kursi, Ayat 7, Zikir-Zikir dan banyak lagi)

Bagi Pertanyaan Lanjut sila hubungi wakil kami :-
  • Selangor (Lembah Klang) & Johor (Batu Pahat)- Tuan Rahmat (012-7455808)
  • Selangor (Klang) - Tuan Zainuddin (012-2391730)
  • Kuala Lumpur (Taman Melati Utama) - Tuan Taufiq (017-6703968)
  • Perak (Ipoh) - Ustaz Adzahar (017-5072026)
  • Kedah (Sg Petani) - Ustaz Anaz (012-4106979)
  • Melaka - Ustaz Nizam (012-9509258)
  • Kelantan - Ustaz Nahza (013-9683786)

Sabtu, 25 Disember 2010

MISTERI 1 - AKIBAT TAMAK....

Kejadian ini berlaku nun di selatan tanahair. Bagi menjaga nama dan maruah kisah benar ini tidak menggunakan nama sebenar. Semoga kisah berikut menjadi peringatan bagi semua pendidik.

Suatu ketika dahulu, rumah itu riuh dengan suara alunan anak-anak kecil mengaji...tapi kini sunyi sepi. tiada lagi gema alunan suara-suara 'ahli syurga' mempelajari kitab Al-Quran. Semua itu terhenti semenjak  Mak Tom diserang angin amar 2 tahun lalu.

Segalanya bermula pada suatu hari ketika azan subuh mendayu-dayu memecah keheningan dinihari. Mak Tom terjatuh di bilik mandi sewaktu mengambil wudhu'. Kini Mak Tom cuma mampu baring....segala-galanya diuruskan oleh cucunya yang berusia 19 tahun iaitu Zaleha. Zaleha merupakan cucunya yang kehilangan kedua ibu bapanya ketika masih kecil akibat kemalangan. Kemalangan itu juga turut meragut nyawa suami Mak Tom iaitu Pak Tahir.

Sebenarnya keadaan yang menimpa Mak Tom sedikit pelik, pihak hospital gagal menemui punca sebenar pneyakit yang menimpa Mak Tom. Ianya kelihatan seperti angin ahmar namun yang menjadi keanehan pada masyarakat di kampung tersebut ialah perangai Mak Tom yang suka menangis dan membenci Al-Quran... jangan sekali-kali mendengarkan bacaan Al-Quran pada Mak Tom pasti dia akan mengamuk semahu-mahunya. hal ini amat membingungkan kerana Mak Tom merupakan guru mengaji Al-Quran. keadaannya ini menyebabkan ramai beranggapan bahawa Mak Tom mungkin memiliki pendamping atau terkena gangguan sihir. Namun, sudah terlalu ramai bomoh dan pengamal perubatan yang cuba merawata Mak Tom...namun hampa.
Zaleha yang menjaga Mak Tom selalu ponteng kerja sehingga menyebabkan dia dipanggil pihak pengurusan. Setelah menjelaskan keadaan sebenar, En Razif telah menasihati dan mencadangkan pada Zaleha untuk menemui seorang Pengamal Perubatan Alternatif Islam PUTRA. Zaleha yang pada mulanya enggan bersetuju kerana telah putus asa namun berjaya dipujuk oleh majikannya itu demi menjaga kebajikan pekerja-pekerja mereka.

Setelah menemui (Ustaz R) Pengamal Perubatan PUTRA tersebut dan hasil perbincangan, Ustaz R bersetuju untuk membantu Zaleha.

Ketika kunjungan pertama Ustaz R kerumah Mak Tom...Ustaz R telah 'meneliti' dan 'melihat' melalui imbasan 'batin'...maka segala misteri yang kononnya Mak Tom terkena sihir atau mempunyai pendamping telah terungkai. Sebenarnya...Mak Tom bukanlah terkena sihir atau mempunyai pendamping. Sejak kematian suami serta anak menantunya...Mak Tom melakukan pelbagai kerja bagi menampung perbelanjaan rumah. Namun Mak Tom lebih dikenali sebagai guru mengaji di kawasan tersebut. Dia menetapkan bayaran RM10 kepada mereka yang menghantar anak-anak untuk mempelajari Al-Quran.

Dengan berat hati Ustaz R memberitahu... "sebenarnya penyakit Mak Tom ini adalah kesan daripada doa seorang lelaki yang terasa hati keranan Mak Tom mengherdik dan memalukan beliau kerana tidak mampu membayar yuram RM10 untuk anaknya belajar mengaji"

Hal ini diakui oleh zaleha sendiri. "Saya dah beulangkali berkata dengan nenek supaya bertolak ansur dengan pakcik Zamri...tapi saya pula yang kena marah...kononya saya nak mengajar nenek"
Zaleha ada bersama neneknya itru ketika Mak Tom memarahi Zamri lumpuh kerana tidak mampu membayar yuran mengaji anaknya. Kalau dikenag-kenangkan keadaannya yang lumpuh itu...apalah sangat kerja yang mampu dibuat. Bergenang mata Zamri ketika melihat Aiman anaknya memakai songkok dan dan mengepit Al-Quran setiap petang nak ke rumah Mak Tom.
"Takkanla 10 ringgit sebulan pun ko tak mampuu...ko kan banyak dapat bantuan...kebajikan laa...baitulmal laa...10 ringgit pun kau nak berkira...kau ingat kau lumpuh aku kesian..?" ujar Mak Tom kepada Zamri Lumpuh.
Betapa pedihnya hati Zamri ketika mendengar kata-kata Ma Tom. Dia lumpuh akibat jatuh dari rumah yang dibuatnya. Isterinya sudah lama meninggal dunia. Segala itu takdir...apa yang mampu dibuatnya ialah berdoa...

Takdir...zamri telahpun meninggal dunia tahun lepas...anaknya aiman kini dijaga oleh rumah anak-anak yatim. Jika zamri masih hidup Mak Tom boleh meminta maaf dan insyaallah penyakit itu boleh disembuhkan. Apa yang mampu diikhtiarkan ketika ini ialah doa dan solat hajat agar Mak Tom pulih. Semoga Mak Tom sedar akan kesilapannya dan mohon ampun kepada Allah swt.

Pengajaran dari kisah ini ialah kita mesti berhati-hati dalam berkata-kata...dosa sesama insan ialah dosa yang besar...dan tidak semua penyakit mistik semestinya adalah diakibatkan sihir atau gangguan makhluk halus.

Wallahu alam....