DAPATKAN PRODUK HERBA DISINI

Sabtu, 25 Disember 2010

MISTERI 1 - AKIBAT TAMAK....

Kejadian ini berlaku nun di selatan tanahair. Bagi menjaga nama dan maruah kisah benar ini tidak menggunakan nama sebenar. Semoga kisah berikut menjadi peringatan bagi semua pendidik.

Suatu ketika dahulu, rumah itu riuh dengan suara alunan anak-anak kecil mengaji...tapi kini sunyi sepi. tiada lagi gema alunan suara-suara 'ahli syurga' mempelajari kitab Al-Quran. Semua itu terhenti semenjak  Mak Tom diserang angin amar 2 tahun lalu.

Segalanya bermula pada suatu hari ketika azan subuh mendayu-dayu memecah keheningan dinihari. Mak Tom terjatuh di bilik mandi sewaktu mengambil wudhu'. Kini Mak Tom cuma mampu baring....segala-galanya diuruskan oleh cucunya yang berusia 19 tahun iaitu Zaleha. Zaleha merupakan cucunya yang kehilangan kedua ibu bapanya ketika masih kecil akibat kemalangan. Kemalangan itu juga turut meragut nyawa suami Mak Tom iaitu Pak Tahir.

Sebenarnya keadaan yang menimpa Mak Tom sedikit pelik, pihak hospital gagal menemui punca sebenar pneyakit yang menimpa Mak Tom. Ianya kelihatan seperti angin ahmar namun yang menjadi keanehan pada masyarakat di kampung tersebut ialah perangai Mak Tom yang suka menangis dan membenci Al-Quran... jangan sekali-kali mendengarkan bacaan Al-Quran pada Mak Tom pasti dia akan mengamuk semahu-mahunya. hal ini amat membingungkan kerana Mak Tom merupakan guru mengaji Al-Quran. keadaannya ini menyebabkan ramai beranggapan bahawa Mak Tom mungkin memiliki pendamping atau terkena gangguan sihir. Namun, sudah terlalu ramai bomoh dan pengamal perubatan yang cuba merawata Mak Tom...namun hampa.
Zaleha yang menjaga Mak Tom selalu ponteng kerja sehingga menyebabkan dia dipanggil pihak pengurusan. Setelah menjelaskan keadaan sebenar, En Razif telah menasihati dan mencadangkan pada Zaleha untuk menemui seorang Pengamal Perubatan Alternatif Islam PUTRA. Zaleha yang pada mulanya enggan bersetuju kerana telah putus asa namun berjaya dipujuk oleh majikannya itu demi menjaga kebajikan pekerja-pekerja mereka.

Setelah menemui (Ustaz R) Pengamal Perubatan PUTRA tersebut dan hasil perbincangan, Ustaz R bersetuju untuk membantu Zaleha.

Ketika kunjungan pertama Ustaz R kerumah Mak Tom...Ustaz R telah 'meneliti' dan 'melihat' melalui imbasan 'batin'...maka segala misteri yang kononnya Mak Tom terkena sihir atau mempunyai pendamping telah terungkai. Sebenarnya...Mak Tom bukanlah terkena sihir atau mempunyai pendamping. Sejak kematian suami serta anak menantunya...Mak Tom melakukan pelbagai kerja bagi menampung perbelanjaan rumah. Namun Mak Tom lebih dikenali sebagai guru mengaji di kawasan tersebut. Dia menetapkan bayaran RM10 kepada mereka yang menghantar anak-anak untuk mempelajari Al-Quran.

Dengan berat hati Ustaz R memberitahu... "sebenarnya penyakit Mak Tom ini adalah kesan daripada doa seorang lelaki yang terasa hati keranan Mak Tom mengherdik dan memalukan beliau kerana tidak mampu membayar yuram RM10 untuk anaknya belajar mengaji"

Hal ini diakui oleh zaleha sendiri. "Saya dah beulangkali berkata dengan nenek supaya bertolak ansur dengan pakcik Zamri...tapi saya pula yang kena marah...kononya saya nak mengajar nenek"
Zaleha ada bersama neneknya itru ketika Mak Tom memarahi Zamri lumpuh kerana tidak mampu membayar yuran mengaji anaknya. Kalau dikenag-kenangkan keadaannya yang lumpuh itu...apalah sangat kerja yang mampu dibuat. Bergenang mata Zamri ketika melihat Aiman anaknya memakai songkok dan dan mengepit Al-Quran setiap petang nak ke rumah Mak Tom.
"Takkanla 10 ringgit sebulan pun ko tak mampuu...ko kan banyak dapat bantuan...kebajikan laa...baitulmal laa...10 ringgit pun kau nak berkira...kau ingat kau lumpuh aku kesian..?" ujar Mak Tom kepada Zamri Lumpuh.
Betapa pedihnya hati Zamri ketika mendengar kata-kata Ma Tom. Dia lumpuh akibat jatuh dari rumah yang dibuatnya. Isterinya sudah lama meninggal dunia. Segala itu takdir...apa yang mampu dibuatnya ialah berdoa...

Takdir...zamri telahpun meninggal dunia tahun lepas...anaknya aiman kini dijaga oleh rumah anak-anak yatim. Jika zamri masih hidup Mak Tom boleh meminta maaf dan insyaallah penyakit itu boleh disembuhkan. Apa yang mampu diikhtiarkan ketika ini ialah doa dan solat hajat agar Mak Tom pulih. Semoga Mak Tom sedar akan kesilapannya dan mohon ampun kepada Allah swt.

Pengajaran dari kisah ini ialah kita mesti berhati-hati dalam berkata-kata...dosa sesama insan ialah dosa yang besar...dan tidak semua penyakit mistik semestinya adalah diakibatkan sihir atau gangguan makhluk halus.

Wallahu alam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan