DAPATKAN PRODUK HERBA DISINI

Jumaat, 31 Disember 2010

TERAPI SYAHADAH - MENGHADAPI STRESS / TEKANAN JIWA & PERASAAN / GANGGUAN MISTIK

APA ITU STRESS???
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung koronari dan kemurungan.
PUNCA STRESS...???
Tuntutan dunia moden dan kosmopolitan menyebabkan setiap lapisan umur tidak kira orang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak mengalami gejala stress. Antara faktor-faktor utama ialah:-
Pengaruh tempat kerja, masalah kewangan, tekanan hidup, gejala sosial, masalah keluarga, perceraian, tragedi kematian, pengalaman pahit di waktu kecil dan sebagainya.

SIMPTOM-SIMPTOM STRESS:-
Rata-rata setiap individu pernah mengalami simptom-simptom  seperti :-
keletihan, diserang panic, dibelengu perasaan gelisah, terburu-buru, tertekan dalam tempoh berpanjangan, timbulnya kesan-kesan sakit fizikal seperti sakit kepala, sesak nafas dan gangguan dalam perut, mengalami gangguan allergic, menghadapi kesukaran untuk tidur atau tidak cukup tidur serta ketagihan merokok, selera makan melampau/kurang, penyalahgunaan dadah/ubat-ubatan dan sebagainya.



MEDITASI KAEDAH TERAPI SYAHADAH
Terapi Syahadah merupakan satu kaedah pembukaan pintu / makam tenaga di dalam jasad manusia serta diisi dengan teknik mengatur pernafasan serta zikir-zikir amalan di dalam Islam sebagai satu kaedah terapi untuk menenangkan jiwa, minda dan rohani. Ia juga bertujuan untuk ‘membersihkan’ diri dari unsur-unsur negatif sehingga menyebabkan seseorang individu itu sering lemah semangat, murung dan selalu sakit.

Pembukaan makam / pintu tenaga ini dilakukan oleh Grand Master yang telah mengetahui apa ‘kunci’ dan bagaimana mahu membuka ‘pintu / makam tenaga itu tadi. Dalam bentuk  meditasi Terapi Syahadah, kunci / password bagi praktis ialah 2 kalimah Syahadah yang sangatlah bertepatan dan bersesuaian bagi seseorang muslim untuk mengangkat keyakinan dan kepercayaannya sebagai seorang Islam.

Praktis Terapi Syahadah seterusnya melalui teknik melafaz zikir menggunakan getaran suara serta kaedah mengatur pernafasan supaya dapat menenangkan jasad, minda dan rohani kita. Teknik ini akan membantu kita mengatur gelombang/frekuensi minda supaya berada di tahap yang optimum. Apabila ketenangan minda diperolehi, jiwa dan rohani kita lebih mudah untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Terapi Syahadah ini juga merupakan antara kunci / teknik perubatan alternatif yang digunakan bagi merawat pesakit-pesakit yang terkena gangguan mistik, spiritual, kejiwaan disamping teknik-teknik rawatan lain berteraskan perawatan Islam. Terapi Syahadah bukan sahaja memberikan ketenagan rohani dan jiwa tetapi ia MEMBINA kekuatan dalaman untuk menolak unsur-unsur negatif yang menjadikan kita tidak bersemangat dan lemah.

MAKLUMAT LANJUT
SILA HUBUNGI TUAN RAHMAT - O12-7455808
sekiranya anda berminat untuk mengadakan Kursus terapi Syahadah bagi komuniti di tempat anda (pejabat, kelab, sekolah dsbg)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan